USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TNC HEPA LAWAT DAN BANTU PELAJAR USM TERJEJAS DALAM TRAGEDI KEBAKARAN

IMG 2468

BALIK PULAU, 1 Mei 2023 - Dukacita dimaklumkan bahawa rumah kediaman seorang pelajar Tahun 4 dari Pusat Pengajian Seni (PPS) Universiti Sains Malaysia (USM), Hazirah Azmi terlibat dalam tragedi kebakaran baru-baru ini.

Sewaktu kejadian, Hazirah tiada di rumah kerana sedang menjalani latihan praktikal di salah sebuah agensi pengiklanan di Pulau Pinang dan dikejutkan apabila mendapat khabar bahawa berlakunya kebakaran di rumahnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Buat sementara waktu, Hazirah dan keluarganya tinggal bersama abangnya di lokasi berdekatan kampung yang sama.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan USM dalam membantu meringankan beban keluarganya. 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Azlinda Azman hadir menyantuni keluarga terjejas dan melawat lokasi kejadian selepas kejadian ini berlaku.

Azlinda turut menyampaikan sumbangan daripada BHEPA bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar.

Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Seni, Prof. Madya Dr. Sarena Abdullah, dan Timbalan Pendaftar BHEPA, Jelfariny Mohd Jelahni.

Untuk meringankan beban Hazirah, Pusat Pengajian Seni melalui BHEPA USM bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) sedang mengadakan kutipan dana untuk membantu pelajar tersebut selain bantuan melalui Tabung Kebajikan Pelajar yang sedia ada.

Pada yang ingin menghulur sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan terus ke akaun :-
Hazirah Binti Azmi
Maybank – 157081358682

Teks Asal dan Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA.
Suntingan: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 403

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024