PENGOPERASIAN KOMERSIAL SISTEM SOLAR PV USM KAMPUS INDUK KAPASITI PENUH 10.6 MWp BERMULA 1 MEI 2023
USM PULAU PINANG, 1 Mei 2023 - Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) USM melalui Kontraktor Utama, Ditrolic Energy Solution Sdn. Bhd. telah melaksanakan inisiatif tenaga boleh baharu melalui pemasangan Sistem Solar Fotovolta (PV) di Kampus Induk, USM Pulau Pinang.
Sebanyak 22,374 panel Solar PV digunakan melalui 3 kaedah pemasangan iaitu di atas 64 bumbung bangunan, 8 lokasi carport dan 2 lokasi ground mounted.
Projek yang menelan belanja sebanyak RM30 juta melalui kaedah Pelawaan Memberikan Cadangan (RFP) telah dimulakan pada 15 September 2021 dan siap sepenuhnya pada penghujung bulan April 2023.
Projek pemasangan Solar PV dengan kapasiti 10.6MWp mampu menampung sebanyak 63% kehendak beban maksimum di Kampus Induk USM dengan janaan tenaga sebanyak 278,683 MWh dan penjimatan sebanyak RM80 juta untuk tempoh 20 tahun.
Pada masa yang sama, sebanyak 48 bumbung bangunan telah dibaik pulih meliputi 26 bumbung bangunan menggunakan kaedah rawatan warna dan 22 penggantian bumbung baharu dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor utama.
Pemasangan Solar PV ini juga mampu mengurangkan pembebasan 10,885 tan metrik karbon dioksida (C02) setahun bersamaan pembebasan asap 2,088 buah kenderaan setahun atau penyerapan karbon dioksida oleh 158,682 batang pokok dalam tempoh 10 tahun, secara tidak langsung dapat menjayakan konsep kampus lestari yang menjadi matlamat utama USM iaitu Sustainability@USM.
Kontrak inisiatif tenaga boleh baharu melalui pemasangan Solar PV ini akan berakhir pada 31 Disember 2043.
Sumber teks: Pasukan Projek Solar PV Kampus Induk
Suntingan: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: MPRC
- Created on .
- Hits: 1025