USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KPPA KEMBALI MENGIMBAU NOSTALGIA DI ALMA MATER

USM PULAU PINANG, 14 April 2023 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed petang ini telah meluangkan masa berbuka puasa bersama warga kerja dan pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di The Roof@Laluan Rahmah Masjid Al-Malik Khalid USM.

IMG 5199

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar USM itu mencerminkan hubungan yang akrab dan kukuh antara USM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tambahan dalam bulan Ramadan yang mulia ini, agar penjawat awam dan orang ramai dapat terus bersama untuk memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan perkhidmatan awam mencapai hasil yang dikehendaki.

Lokasi pertama yang Zulkapli singgah bersama isterinya, Datin Zarina Othman ialah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) USM iaitu pusat pengajian alma mater beliau, yang mana beliau disambut oleh barisan pengurusan tertinggi USM yang diketuai oleh Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali; Dekan PPSK, Profesor Madya Dr. Mohamad Shaharudin Samsurijan; serta pegawai-pegawai utama universiti.

May be an image of 3 people Beliau dibawa melawat dewan-dewan kuliah di sekitar PPSK yang pernah menjadi tempat belajarnya dahulu.

May be an image of 2 people

Ketika lawatannya, Dekan PPSK memberi taklimat tentang perkembangan terkini pusat pengajian.      May be an image of 5 people

Zulkapli kemudiannya dibawa melawat ke tempat-tempat nostalgia seperti VC Rock, Hilton, Bangunan H20 dan H21 (yang dahulunya merupakan Desasiswa Cahaya Gemilang) dan akhirnya ke Foyer Kompleks Dewan Kuliah dan Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP).

May be an image of 2 people

Dalam sesi lawatan, beliau sempat beramah mesra dengan para pelajar USM dan turut menitipkan pesanan serta kata-kata semangat kepada mereka untuk menjadi seorang modal insan yang berguna dengan menyumbang kepada universiti, masyarakat dan negara pada masa akan datang.

May be an image of 8 people and text that says "KAFE SISWA SUSM 250 MPEX LATTE ESPRESSO CAPPUCCINO AMERICANO MA"

Menurut Zulkapli, beliau amat terhutang budi dengan universiti kerana telah banyak mencorakkan keperibadian dan personalitinya, dan beliau ingin menabur budi kembali kepada alma maternya.

May be an image of 4 people

Hadir sama pada majlis adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Kelestarian Institusi, Profesor Dr. Azlan Amran; Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar USM, Ramli Osman; Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Timbalan Pendaftar Kanan, Pusat Transformasi Insan USM, Roslan Ismail; Pegawai-pegawai Tadbir USM; ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM; ahli-ahli Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) USM; dan wakil-wakil persatuan pelajar.

bf3a3dae dc0a 40c5 8687 8ea9dc0ddea2

Zulkapli merupakan Alumni Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM tahun 1989, seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian.

May be an image of 1 person and text that says "MERAH S SAINS UNGU PUCAT PENDIDIKAN UNGU SAST TERA UNGUPUCAT PUCAT DENGAN PENDIDIKAN FIRUS SENI SEN BIRU MUD JALURE SAINS JINGGA KEMASYARAKATAN"

May be an image of 7 people

Beliau dilantik menjadi KPPA berkuatkuasa pada 27 Februari 2023.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Jurufoto MPRC 

  • Created on .
  • Hits: 468

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024