USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA KAMPUS BERBUKA PUASA BERSAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

USM PULAU PINANG, 13 April 2023 – Mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Islam USM hari ini telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

57AB6699 2A89 4165 831F 5142AFBA3806

Ketibaan Tun disambut oleh barisan pengurusan tertinggi USM yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU), Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Timbalan-timbalan Naib Canselor USM; Pendaftar, Dato’ Dr. Musa Ali; serta pegawai-pegawai utama universiti.

35846CDD E640 4BD8 877B 1E2FE828757F

Bertempat di perkarangan Masjid Al-Malik Khalid USM, Awang Adek dalam ucapan alu-aluannya berkata, selari dengan semangat keprihatinan USM, setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, USM meneruskan tradisi yang telah bermula sejak puluhan tahun, untuk memberi peluang kepada pelajar berbilang kaum dan agama dari pelbagai negara untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di masjid.

“Tradisi unik USM ini perlu terus dihidupkan yang mana USM menyemai sikap prihatin dan kasih sayang terhadap warganya sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian komuniti dan universiti sesuai dengan semangat universiti APEX dan tuntutan masyarakat MADANI,” katanya.

Dalam majlis yang sama, diselitkan penyerahan Bantuan Kit Ready to Eat Zakat Pusat Islam USM bernilai RM175,000 oleh Pengarah Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang, Hajah Maznizan Mamat dan penyerahan Zakat Korporat Kuwait Finance House kepada pelajar asnaf USM bernilai RM20,095.39 yang disampaikan oleh Naib Presiden Ketua Perusahaan Runcit, Kuwait Finance House, Mexdelina Hussein.

Selain itu, Kumpulan USAINS Holding turut menyampaikan Zakat Wakalah yang akan memanfaatkan seramai 157 pelajar USM yang memerlukan, berjumlah RM47,100 yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan USAINS Holding Sdn. Bhd., Farid Wajidi Mat Yusoff.

Daripada jumlah tersebut, agihan sebanyak RM23,100 disalurkan kepada Pusat Islam USM kampus induk Pulau Pinang manakala RM24,000 kepada Pusat Islam USM kampus Kesihatan di Kelantan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Zakat Korporat kepada pelajar USM oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) USM, Profesor Dr. Zafarina Zainuddin bernilai RM22,835.30 beserta penyerahan Insentif Khas Zakat Korporat Pusat Islam USM bernilai RM9,150 yang disampaikan oleh Naib Canselor USM.

Yayasan Amal T.Y.T. turut menyumbang sejumlah RM10,000 kepada USM yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, yang mana sumbangan tersebut adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan sekaligus memelihara kebajikan mereka.

Tuan Yang Terutama juga menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah di Masjid Al-Khalid Malik bersama kenamaan yang lain.

Hadir sama pada majlis ialah Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail; Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Hj. Wan Salim Wan Mohd. Noor; Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Hj. Mohd. Yussof Latiff; Ahli-ahli Lembaga Gabenor USM; Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti; Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman; serta pegawai-pegawai utama USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 615

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024