USM TERIMA DUA AHLI LGU BAHARU
USM PULAU PINANG, 10 April 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima lantikan dua orang Ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) yang baharu bagi menggantikan ahli yang lama atau telah tamat tempoh lantikan.
Dua lantikan tersebut adalah Yang Berbahagia Dato’ Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin yang berkuatkuasa dari 6 Mac 2023 dan Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr. Norzaini Binti Azman yang berkuatkuasa dari 20 Mac 2023.
Shaik Hussein merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan mewakili kuota lantikan sektor swasta manakala Norzaini pula yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi pula mewakili kuota lantikan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan seluruh warga USM mengucapkan tahniah atas lantikan ini dan semoga dengan lantikan ini, USM dapat terus dipacu kecemerlangannya.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 1130