USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAKATAN KONGSI REZEKI KUKUHKAN UKHWAH, ERATKAN SILATURAHIM KALANGAN STAF CANSELORI 1

USM PULAU PINANG, 8 April 2023 – Pejam celik pejam celik, sedar atau tidak, sudah 17 hari umat Islam di Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan.

Memelihara silaturahim terutamanya pada bulan yang mulia ini akan membuka pintu Rahmat dan kasih sayang Allah SWT terhadap hambanya sekaligus menyuburkan hubungan sesama manusia.

Bagi mengukuhkan hubungan ukhwah ini, staf Canselori 1, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menganjurkan Pakatan Kongsi Rezeki Iftar di kawasan parkir kereta Aras 1, Bangunan Canselori, USM.

IMG 20230408 WA0070

Selain itu, turut serta ialah staf-staf dari Institut Pengajian Siswazah (IPS), Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB), Pusat Racun Negara (PRN) dan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT).

Mereka yang terlibat dalam penganjuran program tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan staf yang majoritinya bertugas di Bangunan Canselori yang diterajui oleh pemandu kenderaan Jabatan Pendaftar, Zakaria Sulaiman.

Menurut Zakaria, program ini telah diadakan selama tiga tahun sejak tahun 2021, yang mana tujuan utamanya adalah untuk berkongsi rezeki ketika berbuka puasa bersama rakan-rakan sepejabat.

IMG 20230408 WA0067

“Selain berkongsi rezeki dengan pelbagai juadah dari semua staf yang terlibat, kami juga turut solat berjemaah bersama-sama untuk mengeratkan silaturahim sesama rakan-rakan yang mana ukhwah seperti ini lahirnya rasa kasih sayang sebagai satu keluarga yang harmoni,” kata Zakaria.

IMG 20230408 WA0083

Sementara itu, Erman Kamal Mustafa Kamal yang merupakan Pegawai Tadbir di Jabatan Pendaftar yang terlibat dalam program yang sama berkata, konsep rezeki itu sangat luas dan dalam program ini menggabungkan konsep perkongsian rezeki bersama bagi mengukuhkan silaturahim dalam kalangan rakan-rakan sepejabat.

IMG 20230408 WA0076

“Sebagai umat Islam tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita lakukan apa yang Allah suka dan dituntut kerana silaturahim merupakan amalan yang digalakkan dalam Islam, dan program ini juga merupakan salah satu usaha untuk menjaga hubungan baik sesama manusia bukan hanya dengan golongan tertentu sahaja, bahkan seluruh umat manusia secara amnya.

IMG 20230408 WA0073

Harapan Erman Kamal agar program seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan juga membuka mata Pusat Tanggungjawab lain di USM dengan menjadikan program seperti ini sebagai satu usaha untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia.

IMG 20230408 WA0072

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Mohd Erwan Roslan

  • Created on .
  • Hits: 553

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024