USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FMQ23’ PROGRAM SIGNATURE USM, TONJOL KEHEBATAN PELAJAR DALAM PENGANJURAN

3D3209BE 7A5D 4078 A2CA F6DF0F51F67D

USM PULAU PINANG, 8 April 2023 - Program Festival Musabaqah Al-Quran 2023 (FMQ23’) merupakan medan buat pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan peserta untuk menonjolkan kemahiran dan kebolehan selaras dengan agenda pembangunan pelajar HEBAT USM dalam mengasah kualiti dan nilai aspirasi kebolehan pelajar dari aspek kerohanian dalam 4 kategori utama pertandingan iaitu hafazan, tilawah al-quran, syarahan dan penulisan khat.

Demikian ujar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Dr. Azlinda Azman yang turut teruja dengan penganjuran program ini serta berharap program ini mendapatkan keberkatan semua dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Katanya ketika program perasmian FMQ23’ pagi ini, kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan tinggi boleh diukur melalui keterampilan serta kualiti yang terdapat dalam kalangan pelajarnya dan contoh jelas adalah melalui penganjuran program ini.

“Semangat kerja berpasukan dalam menjayakan program ini amat penting melalui pemerkasaan yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kerana program ini dianjurkan oleh pelajar sendiri,” katanya yang turut menasihatkan supaya menjadikan al-quran sebagai pedoman dunia dan akhirat untuk semua.

63408D2C BA14 461B 88AA A5B52735D4AC

Azlinda turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program signature ini iaitu BHEPA, Majlis Penggawa, Majlis Perwakilan Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan dan Pusat Islam USM serta institusi pendidikan tinggi lain yang menyertai festival ini seperti UTEM dan USIM.

Bagi Penggawa Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan Merangkap Pengerusi Majlis Penggawa USM, Zulkifli Che Hussin pula, kerjasama dan ukhwah yang mekar dan subur penting dalam menjalankan aktiviti sepunya.

“Terima kasih buat Timbalan Naib Canselor HEPA yang terus memberi kepercayaan buat kami memimpin desasiswa dan melalui ini, ia dapat mencungkil pemimpin masa hadapan,” tambahnya yang percaya FMQ23’ akan lebih besar melangkaui tahun mendatang.

Sementara itu, Pengarah Program (FMQ23'), Nurul Amirah Binti Ameruddin, program ini adalah platform untuk melahirkan generasi terbaik masa hadapan melalui pendekatan al-quran sebagai wadah utama.

“Program sebegini adalah berImpak positif dalam melahirkan generasi muda yang bersemangat dan mencintai al-quran serta menjadikan pertandingan ini berlangsung secara sihat, adil dan kompetitif,” jelasnya.

FMQ23’ dengan tema Al-Quran Penggerak Fikrah Jauhari adalah dari 7-9 April 2023 di Masjid Al-Malik Khalid USM. Terdapat pelbagai acara yang berlangsung iaitu hafazan, tilawah al-quran, syarahan dan tulisan khat. Peringkat awal saringan dilakukan melalui video dan peringkat akhir FMQ23’ pula secara bersemuka.

2A0FEE21 7688 436A A899 AEF5E61913AD

Yang turut hadir adalah barisan-barisan penggawa, penolong-penolong penggawa, majlis yang dipertua, dan peserta program pelajar USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 598

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024