USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELANTIKAN DALAM IOC - WESTPAC SATU PENGIKTIRAFAN KEPADA NEGARA

USM PULAU PINANG, 7 April 2023 – Pakar Sains Samudera yang merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan Samudera dan Pantai (CEMACS) USM, Profesor Dato' Dr. Aileen Tan Shau Hwai dilantik sebagai Naib Pengerusi UNESCO Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC) - Sub-Commission for The Western Pacific (WESTPAC) dalam mesyuarat yang berlangsung di Jakarta Indonesia baru-baru ini.

WhatsApp Image 2023 04 07 at 18.20.29

Menurut Aileen Tan, pelantikan dalam badan dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu melalui cadangan Malaysia Focal Point (KASA) yang disokong oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

"Penyertaan Malaysia ini membolehkan kita turut menyumbang kepakaran dan memainkan peranan di peringkat global sekaligus mengiktiraf usaha yang dilakukan selama ini dalam bidang penyelidikan Sains Samudera," kata Aileen Tan.

Pelantikan ini adalah untuk tempoh tiga tahun.

UNESCO IOC adalah sebuah pertubuhan yang beribu pejabat di Paris berperanan untuk membangunkan, menyelaras dan melaksanakan penyelidikan saintifik dalam bidang marin dan pemantauan samudera di pelbagai negara.

WhatsApp Image 2023 04 07 at 18.21.44

Suruhanjaya IOC WESTPAC yang berprestij ini dianggotai oleh ahli-ahli akademik dari negara di rantau Western Pacific yang kini dipengerusikan oleh Dr. Kentaro Ando dari Jepun.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 366

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024