USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAKSIKAN ADIKARMA & DEWAN BUDAYA DI SENANDUNG AIDILFITRI QUEENSBAY MALL PULAU PINANG

PULAU PINANG, 7 April 2023 - Kumpulan Kesenian Adikarma dan Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) telah dan akan mengadakan persembahan sepanjang bulan Ramadhan di Queensbay Mall Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2023 04 08 at 22.49.52

Bagi program yang diberi nama Senandung Aidilfitri, Adikarma dan Dewan Budaya telah dan akan membuat persembahan pada 2 April 2023, 9 April 2023 dan 15 April 2023 pada jam 6.00 petang hingga 7.00 petang.

Antara persembahan yang akan ditampilkan adalah tarian Zapin, Joget, Mak Yong, Ulek Mayang, Canggung dan Boria.

Pada 30 Mac yang lalu, Queensbay Mall telah melancarkan majlis perasmian bagi program Senandung Aidilfitri 2023 dengan iringan muzik asli oleh Kumpulan Asli Alunan Mutiara daripada Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM).

WhatsApp Image 2023 04 08 at 22.49.53

Sementara itu, terdahulu semasa sesi perasmian, bertempat di lokasi sama, anak-anak daripada Inap Kasih Sayang diraikan dengan sesi berbuka puasa di McDonald's atas sokongan daripada Tourism Malaysia Nothern Region, AEON Retail Malaysia dan Popular Book Co (M) Sdn. Bhd.

Pihak Dewan Budaya USM sangat berbesar hati atas jemputan oleh Queensbay Mall sebagai kumpulan persembahan untuk majlis perasmian Senandung Aidilfitri dan persembahan tradisional sepanjang bulan Ramadhan di sini.

Turut memeriahkan majlis perasmian adalah tarian joget dan zapin daripada kumpulan penari Adikarma USM.

Teks: Ahmad Assahirin Hamlet & Dewan Budaya.
Foto: Queensbay Mall & Dewan Budaya USM
Suntingan: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 419

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024