USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENTERI KPT SAMPAIKAN SUMBANGAN E-MOTOSIKAL MELALUI SKIM WAKAF SISWA UPAYA UNTUK PELAJAR PKU USM

USM Pulau Pinang, 7 April 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Majlis Iftar bersama Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin bersempena dengan lawatan kerjanya ke USM baru-baru ini.

May be an image of 8 people, people standing and motorcycle

Dalam masjlis Iftar tersebut, turut diselitkan ialah penyampaian sumbangan e-motosikal melalui Skim Wakaf Siswa Upaya untuk Pelajar Kurang Upaya (PKU).

Menerima sumbangan tersebut adalah Anis Amirah Mohd Najid daripada Pusat Pengajian Teknologi Industri; Siti Nurliana Samingin daripada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan; dan Nor Elisha Mohd Zaini daripada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

May be an image of 6 people and headscarf

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Azlinda Azman; Unit Kebajikan pelajar BHEA dan seluruh warga BHEPA mengucapkan tahniah kepada pelajar yang menerima sumbangan ini dan juga ucapan terima kasih kepada Pusat Islam USM atas inisiatif membantu meringankan beban kepada golongan yang memerlukan.

Terdahulu ketibaan Menteri KPT disambut oleh barisan pengurusan tertinggi USM yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU), Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM, Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor USM, Pendaftar, serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks/Foto : NirMaryadi Rashid
Suntingan : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 281

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024