USM HADIR KE SESI TOWNHALL AUKU 1971 BERSAMA MENTERI KPT
PUTRAJAYA, 7 April 2023 - Selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, satu sesi Townhall AUKU 1971 telah berlangsung kelmarin yang disempurnakan oleh beliau sendiri bertempat di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sesi ini disertai oleh 20 Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia yang dihadiri oleh wakil pelajar, pegawai-pegawai universiti, wakil kementerian dan ahli akademik universiti masing-masing.
Tujuan sesi tersebut diadakan ialah untuk memperhalusi semua fasal berkaitan akta berkenaan supaya ianya dapat dilihat dari pelbagai sudut untuk penambahbaikan atau pindaan yang boleh dilaksanakan secara menyeluruh.
Sesi taklimat ini turut menampilkan Penasihat Undang Undang USM, Dr. Khairul Anwar Che Azmi yang mengupas dari segi sejarah, kandungan, pindaan dan hala tuju AUKU itu sendiri.
Turut hadir daripada USM ke sesi ini adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengarah Pusat Pembangunan Bakat BHEPA (TDC), Encik Zulkifli Che Hussin, Penolong Pendaftar BHEPA, Encik Ahmad Heidey Iskandar Mohd Rayhan; wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP); Majlis Yang Dipertua MPD (MYDP); Majlis Permuafakatan Anak Negeri; Majlis Persatuan Pusat Pengajian dan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.
Teks/Foto : Ahmad Heidey Iskandar Mohd Rayhan
Suntingan : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 381