USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM SINAR RAMADHAN : USM CAKNA OKU RUMAH AMAL KULIM

KULIM, 7 April 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah berjaya melaksanakan sebuah program yang merupakan platform untuk membina keberanian serta memperkukuhkan komunikasi dalam kalangan pelajar khususnya pelajar USM bersama masyarakat luar.

Program yang dijalankan ini merupakan jalinan kerjasama USM dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkonsepkan pusat pendidikan dan jagaan Orang Kelaninan Upaya (OKU) untuk memperkasakan agenda pelajar kurang upaya ke arah minda kelas pertama.

Turut hadir dan menyantuni pelajar ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Profesor Dr. Azlinda Azman; Timbalan Pendaftar BHEPA, Cik Jelfariny Mohd Jelahni; Ketua Unit Kebajikan Pelajar & OKU, Cik Sheilawanis Abdul Karim; YDP Sekretariat Insan Istimewa, Nurul Ain Roslan; Pengarah projek, Farah Izzati Rabu; dan pegawai serta staf BHEPA.

Manakala Barisan Pengurusan Tertinggi Rumah Amal Kulim dihadiri oleh Pengetua Rumah Amal, Kulim, Puan Zarina Mohd Nor; Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Zulbakri Haji Shuib; Bendahari, Encik Ho Nee Yong; serta Ahli Jawatankuasa rumah amal tersebut.

Antara pengisian program yang dijalankan ialah lawatan di sekitar kawasan rumah, aktiviti mengacau dan menyajikan bubur lambuk yang popular di sekitar kawasan Kulim.

Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, aktiviti Ice-breaking dan slot motivasi turut diadakan yang mana melibatkan penyertaan seramai 37 Pelajar USM dan 43 pelatih Rumah Amal.

Pihak USM melalui Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Profesor Dr. Azlinda Azman mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dana, tenaga dan komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak khususnya dari pihak BHEPA USM, Pusat Islam USM, para pensyarah USM, Sekretariat Insan Istimewa USM serta semua ahli jawatankuasa Pengurusan Rumah Amal Kulim yang bertungkus lumus dalam menjayakan program pada hari ini.

Teks : Muhammad Faiz Aiman Farizon
Suntingan : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : NirMaryadi Rashid

  • Created on .
  • Hits: 410

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024