USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARI KONSULTASI PPPJJ - KHIDMAT NASIHAT PERCUMA TENTANG PENGAJIAN DITAWARKAN

WhatsApp Image 2023 04 08 at 23.46.44

USM PULAU PINANG, 7 April 2023 - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) telah memulakan hari konsultasinya bermula kelmarin.

Hari Konsultasi ini sedikit sebanyak merupakan pendekatan terkini yang diketengahkan untuk menyalurkan maklumat terkini kepada umum berkaitan Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) yang ditawarkan.

Pihak PPPJJ menyatakan bahawa hari konsultasi ini akan dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Bangunan PPPJJ, USM Pulau Pinang.

Kepada yang ini berminat, ini merupakan platform yang terbaik untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang pengajian secara terbuka dan jarak jauh di PPPJJ dan fahami sedalamnya apa itu RPJJ.

Pihak PPPJJ juga menyatakan bahawa tawaran istimewa juga turut disediakan kepada yang layak ketika perjumpaan di sesi tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pegawai Eksekutif Pemasaran & Perhubungan Pelajar PPPJJ (Puan Fatimah) di
https://wa.me/message/DNT7XOKPLBXOB1

Panggilan terakhir RPJJ ambilan sidang akademik 2023/2024 boleh dimohon segera di pohon.usm.my

Kunjungi Hari Konsultasi di PPPJJ hari ini melalui : https://forms.gle/HwgR5minchZh5tr88

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 425

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024