USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA USM - TINGKATKAN KESEDARAN PENTINGNYA MENJAGA KESIHATAN

USM PULAU PINANG, 6 April 2023 – Sambutan Hari Kesihatan Sedunia disambut setiap tahun pada 7 April sebagai satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan penjagaan kesihatan insan yang merangkumi kesihatan fizikal, mental dan kerohanian.

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) USM dengan sokongan KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) pagi ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat USM di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA), di sini.

May be an image of 5 people, people sitting, people standing and indoor

Bertemakan ‘Health for All’ (Kesihatan untuk Semua), tema pada tahun ini membawa maksud perkhidmatan kesihatan yang berupaya sampai kepada mereka yang memerlukan seperti keperluan sumber manusia, ubat-ubatan dan vaksin serta lain-lain kemudahan yang boleh dinikmati oleh semua warga USM.

Selain itu, ‘Health for All’ juga meliputi kepentingan kesedaran kesihatan, kesiapsiagaan bencana dan mitigasi, senaman dan rekreasi serta kesihatan minda.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi USM, Profesor Dr. Azlan Amran, mewakili Naib Canselor USM.

Menurut Azlan Amran dalam ucapan perasmiannya, perkhidmatan Pusat Sejahtera telah melalui evolusi yang mana perkhidmatannya telah diperluaskan bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada tanggungan pelajar, staf dan tanggungan, pesara dan pasangan di samping menambah dan memperkukuhkan perkhidmatan yang sedia ada.

May be an image of 1 person, standing and text that says "Universiti Sains Malaysia"

“Ternyata Pusat Sejahtera merupakan satu pusat yang sangat relevan, dirujuk, dihormati dan akan dapat terus berkembang maju serta menabur bakti kepada warga USM yang memerlukan,” tambah Azlan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid berkata semenjak 54 tahun, Pusat Sejahtera yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Kesihatan Universiti telah memainkan peranan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan boleh dinikmati oleh seluruh warga USM.

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and text that says "sejahtera"

“Perkhidmatan kesihatan yang sedia ada telah ditambah baik dan diperkukuhkan agar warga USM boleh akses kepada penjagaan kesihatan yang optimum, dan In sya Allah, pelbagai usaha dan inovasi akan terus dilakukan bagi mempertingkatkan perkhidmatan yang sedia ada,” katanya.

Turut diselitkan dalam majlis perasmian adalah pelancaran e-buletin Pusat Sejahtera USM yang mengandungi informasi berkaitan kesihatan dan aktiviti staf di Pusat Sejahtera; dan projek Media Arts Intervention in Health Care Environment dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni USM bagi menyediakan prasarana persekitaran yang harmoni bagi memupuk kesejahteraan minda pelanggan.

May be an image of 7 people, people standing, people sitting, headscarf and indoor

Pada majlis yang sama, berlangungnya juga majlis pelancaran mesin pengimejan digital radiografi yang terkini. Mesin tersebut yang dipasang lengkap dan mula beroperasi semenjak Januari 2023 berupaya memberi imej yang lebih berkualiti berbanding dengan sistem radiografi sebelum ini di samping kesan radiasi yang lebih selamat.

Majlis turut menyaksikan ceramah bertajuk ‘Sihat Tubuh Badan Menuju 10 Malam Terakhir Ramadhan’ yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin selaras dengan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini yang jatuh pada bulan mulia Ramadhan.

May be an image of 1 person and text that says "Universiti Sains U Malaysia"

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (pelajar intern MPRC)/Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 879

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024