USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SERIUS PERKEMBANGAN PSIKOLOGI PELAJAR, ANJUR PROGRAM BERSAMA KAUNSELOR

USM PULAU PINANG, 6 April 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) akan menganjurkan Segmen Siri Kasih BHEPA: Siswa, Siswi, Okay Ke Tu..?.

Dikendalikan oleh Kaunselor Pelatih BHEPA USM, program ini antara lain adalah merupakan antara siri-siri program perkembangan dan pendidikan Psikologi Kaunseling anjuran Unit Kaunseling BHEPA yang mensasarkan para warga USM sepanjang tahun 2023.

Antara panel yang akan terlibat ialah Muhammad Fakrul Hisyam Mohd Khidri dengan tajuk “Kehidupan di Desasiswa”, Muhammad Faiz Irfaan Mohd Amin dengan tajuk “Hubungan yang Sihat”, dan ramai lagi kaunselor yang terlibat.

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan unik dengan mengenengahkan perkongsian isu sebenar yang dialami oleh para pelajar USM dalam suasana santai dan berfokus dalam membantu pelajar USM mendepani cabaran semasa.

Semua warga USM dijemput untuk turut hadir ke program berimpak ini pada 7 April 2023 (Jumaat) jam 10.00 pagi menerusi Pautan Webex : https://bit.ly/SiswaSiswiOkKeTu

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: BHEPA USM

  • Created on .
  • Hits: 574

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024