USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BAKAL TUAN RUMAH DUA PROGRAM BERIMPAK TINGGI TIDAK LAMA LAGI

PUTRAJAYA, 4 April 2023 - Jaringan Strategik di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri hari ini telah berjaya mencapai kata sepakat.

WhatsApp Image 2023 04 05 at 10.44.35

Pertemuan singkat tetapi cukup bermakna di antara Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman bersama Ketua Pengarah J-KOM, Dato' Dr. Mohamad Agus Yusoff telah membuahkan hasil yang mana terdapat dua program berimpak tinggi akan dilaksanakan di USM iaitu Program ‘Townhall Patriotisme’ dan Perkampungan Budaya ‘Bahtera Madani’.

Program ‘TownHall Patriotisme’ akan diadakan pada penghujung Mei 2023 dengan penglibatan pelajar seramai 500 orang.

Manakala Program Perkampungan Budaya ‘Bahtera Madani’ pada pertengahan Ogos 2023 akan melibatkan 40 buah IPTA/IPTS termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara dengan jumlah penglibatan seramai 1500 orang pelajar.

WhatsApp Image 2023 04 05 at 10.44.34 1

Turut hadir pada perbincangan tersebut adalah Pengarah Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA USM, Zulkifli Che Hussin bersama pegawai Sektor Kebudayaan TDC USM, Noraza Abd Aziz dan Ahmad Assahirin.

Azlinda Azman kemudiannya turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), Hirman Awang di Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membincangkan kerjasama dua hala bagi menjayakan kedua-dua program tersebut.

WhatsApp Image 2023 04 05 at 10.44.34

Diharap agar hubungan strategik ini dapat memberi manfaat dan menjadikan pemahaman MADANI sebagai naratif nasional bagi membina konsensus baharu untuk bangsa khususnya Mahasiswa Malaysia.

WhatsApp Image 2023 04 05 at 10.44.35 1

Teks & Foto: Noraza Abd Aziz (Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA USM)/ Suntingan: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi & Mazlan Hanafi Basharudin

  • Created on .
  • Hits: 826

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024