USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MoU ANTARA USM DAN UMM TINJAU KERJASAMA PERLOMBONGAN BERSKALA BESAR

F60D5FA7 6B0D 4C1A BFB9 08D1835462DE 

NIBONG TEBAL, 23 Mac 2023 – Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) dan Universitas Muhammadiyah Mataram (UMM) meninjau kerjasama lanjut antara kedua-dua pihak terutama dalam bidang perlombongan berskala besar.

“Kepakaran serta kemajuan peralatan USM dalam bidang mineral, perlombongan dan geologi bukan sahaja boleh dilaksanakan melalui kaedah knowledge transfer antara dua universiti yang terlibat, malah ianya juga boleh dikembangkan dengan lebih besar lagi melalui pinjaman khidmat kakitangan PPKBSM ke UMM untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti perlombongan di Indonesia memandangkan ianya dijalankan dengan skala lebih besar di sana,” kata Dekannya, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar@Mustapha.

Menurut Mariatti lagi, kerjasama ini juga diharap agar berjalan lancar secara dua hala yang mana salah satu daripada usaha yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengirimkan kakitangan universiti masing-masing untuk satu sesi latihan yang berkenaan untuk sepanjang perjanjian ini nanti.

Apatah lagi menurut beliau, bidang perlombongan di Indonesia dijalankan dengan skala yang lebih besar berbanding Malaysia dan jelas memberi ruang yang lebih besar kepada kepakaran USM untuk menjalankan kajian di negara itu nanti di sebalik MoU ini.

Bagi Dr. H. Aji Syailendra, Dekan, Fakulti Kejuruteraan, UMM pula, pihaknya sangat mengalu-alukan pertemuan ini, yang mana ianya menjadi medium kepada pihak UMM untuk melihat secara langsung peluang-peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.

604D427E 5D54 4AAD 937B AD5D5ECB8183 

“Kami turut berbesar hati untuk mempersilakan kakitangan USM untuk mengajar pelajar-pelajar kami di UMM secara dalam talian contohnya, dan ini tidak terbatas kepada PPKBSM sahaja malah ianya terbuka kepada pusat pengajian lain juga.

“Selain daripada itu, kami juga menyokong sebarang bentuk cadangan serta sokongan yang boleh kita lakukan bersama sepanjang tempoh kerjasama ini demi memastikan objektifnya tercapai,” tambah beliau.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 387

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024