USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM GEAR UP YOUR INNOVATION: INISIATIF CIC BANTU TINGKATKAN PENCAPAIAN KPI INOVASI

USM PULAU PINANG, 25 Mac 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC) baru-baru ini telah menganjurkan Program Gear Up Your Innovation Indeks Prestasi Utama (KPI), iaitu sebuah program yang memberi pendedahan kepada seluruh warga Kampus Induk untuk mempertingkatkan Seksyen E Myra KPI.

May be an image of 1 person and text that says "GEAR IP MANAGEMENT EXHIBITION LEARNING FORMATION DEVELOPMENT SUSO TAX PROGRAM DOUBLE GE GEAH'UP UP GRANT Nik Ahmad Shahril Bin Mohd Nabil Ketua Penolong Pengarah We are here to GEAR UP YOUR KPI 15th March 2023 Wednesday| 9.00 AM Dewan Pembangunan Siswa1, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) Jabatan Dasar Percukaian, LHDNM Register Here f CICUSM USM StartUp RESPE UNIVERSINMALAYSIA U ÛE CREATE CONNECT GROW 2023-0017"

Program yang diadakan pada 15 Mac 2023 itu dikendalikan secara bersemuka di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) dan melalui pautan Webex yang disiarkan di laman media sosial Facebook USM Official 69.

Objektif program adalah untuk membantu Pusat Pengajian dan Pusat Tanggungjawab di USM untuk merangka strategi dalam meningkatkan pencapaian KPI Inovasi masing-masing, yang mana pihak CIC memberi fokus kepada:

1.        Pemfailan IP (Patent, Industrial Design, and Trademark)

2.        Hakcipta dan Rahsia Perdagangan (Copyright and Trade Secret)

3.        Pra-Pengkomersilan (Pre-Commercialisation: Technology Licensing, Selling the Product, Outright Sale)

4.        Penubuhan Syarikat Pemula/Syarikat Terbitan (Start Up and Spin Off)

5.        Pemotongan Cukai Dua Kali dan Dana Pra-Pengkomersilan (Double Tax Incentive and Pre-Commercialisation Grant).

Melalui objektif ini, pihak penganjur membantu memberi penerangan berkaitan pemfailan intelek, memahami perjalanan pengkomersilan produk penyelidikan, proses pembentukan syarikat terbitan (spin-off company) dan penerangan berkaitan insentif potongan cukai dua kali dalam menarik minat pihak industri untuk memberikan pendanaan.

Hadir pada majlis pembukaan program adalah Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor USM, Profesor Dr. Azlan Amran dalam ucapan pembukaannya berkata, beliau menyokong usaha pihak CIC mengadakan program tersebut bagi membantu mereka yang mahu membentuk syarikat terbitan (spin-off).

“Saya berharap usaha ini mampu untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan penyelidik dan warga universiti, sama ada kesedaran dalam perlindungan harta intelek, kaedah pengkomersilan atau membudayakan keusahawanan penyelidikan dengan pembentukan syarikat terbitan,” kata Azlan.

Tambah Azlan, pembudayaan ini diharapkan boleh memacu penterjemahan hasil penyelidikan menjadi penyelesai masalah dalam industri dan masyarakat seterusnya meningkatkan ekonomi negara.

Turut disajikan dalam program yang sama adalah booth pameran dan sesi konsultansi secara peribadi bersama pegawai dan staf CIC yang memberikan penerangan dan khidmat nasihat secara menyeluruh berkaitan strategi untuk mencapai KPI Inovasi kepada para penyelidik yang bercadang untuk membentuk syarikat terbitan (spin-off).

Turut diselitkan adalah taklimat percukaian oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Dasar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nik Ahmad Shahril Mohd Nabil dan sesi perkongsian Tips to Gear Up Your Innovation KPI oleh Timbalan Pengarah CIC (Penaksiran Teknologi, Promosi Inovasi dan Harta Intelek), Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar.

Hadir sama pada majlis adalah Timbalan Pengarah CIC (Pemindahan Teknologi, Pengkomersilan dan Pemantauan Syarikat), Dr. Muhamad Firdaus Akbar Jalaludin Khan; para penyelidik dan pegawai-pegawai utama USM.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi 

  • Created on .
  • Hits: 546

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024