JOM INFAQ DI KIOSK PENGUMPULAN BAHAN MENTAH UNTUK IFTAR RAMADHAN USM
USM PULAU PINANG, 23 Mac 2023 - Sempena bulan Ramadhan dan juga Iftar USM, Kiosk One Stop Centre telah disediakan bagi memudahkan orang ramai yang ingin berinfaq dalam bentuk barangan mentah.
Telah disediakan bertempat di kawasan parkir Masjid Al-Malik Khalid Universiti Sains Malaysia (USM) berhadapan gerai KOMALIK, seluruh warga USM dan qaryah boleh hadir untuk memberi infaq masing-masing di kiosk tersebut.
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan adalah seperti beras, gula, garam, minyak masak, bawang besar, bawang kecil dan bawang putih,
Selain itu, turut diperlukan adalah ubi kentang, kicap, sos, tomato puree dan sup tomato, susu cair, rempah daging, rempah ikan, rempah kurma dan rempah sup, kordial minuman dan lain-lain bahan mentah yang dirasakan sesuai.
Semoga dengan Sumbangan anda ini akan memberi rahmat buat warga Masjid Al-Malik Khalid USM. Selain itu, Saluran derma turut boleh dibuat terus ke akaun BANK MUAMALAT: 0703-0000071-71-6 (JAWANKUASA AKTIVITI RAMADHAN) Atau layari pautan : https://bit.ly/3auLg6t
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Pusat Islam USM
- Created on .
- Hits: 349