USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERTINGKAT AMALAN KEROHANIAN SEPANJANG RAMADHAN

USM PULAU PINANG, 23 Mac 2023 - Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan seluruh umat Islam digesa mempertingkatkan amalan kerohanian kerana mungkin pada tahun hadapan kita tidak akan bertemu Ramadhan lagi.

5A47B6F0 F1D8 4D9D 803F 00D9C12AC571

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa buat semua warganya termasuk juga para alumni serta seluruh masyarakat di luar sana yang bersama keluarga besar USM ini.

“Tingkatkan amalan kerohanian sepanjang bulan yang mulia ini dan teruskan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan USM ke satu tahap yang lebih baik lagi,” ujar Abdul Rahman.

Tambahnya, Ramadhan adalah satu bulan yang mulia, janganlah disia-siakan bulan ini dengan perkara yang tidak berfaedah, jadikanlah bulan ini sebagai bulan untuk mempertingkatkan lagi ibadah untuk Allah SWT.

22EA9A61 444E 4ACA 9B2B ED39A62B5D55

Umat Islam di seluruh negara akan mula menjalankan ibadah puasa pada hari ini.

Ibadah puasa merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri" manakala dari segi istilah syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari beserta niat".

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 630

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024