USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEJOHANAN JUDO: USM BAWA PULANG TIGA EMAS

USM PULAU PINANG, 19 Mac 2023 – Pihak pengurusan tertinggi Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga atletnya yang telah mewakili pasukan Judo Pulau Pinang.

89C17B6E 9BAF 437D B054 CB778F9ED7B5

Ucapan ini dizahirkan atas pencapaian dan kejayaan mereka mengharumkan nama USM dan Pulau Pinang di Kejohanan Judo Senior Kebangsaan 2023 yang telah diadakan di Perak pada 10 – 12 Mac lalu.

Mereka yang telah berjaya mendapat pingat emas ialah pelajar tahun 4 Pusat Pengajian Pengurusan, Kamini Sri a/p Segaran bagi kategori bawah 57KG wanita; pelajar tahun 4 Pusat Pengajian Sains Kajihajat, Chuah Siew Imm bagi kategori bawah 52KG wanita; dan pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Ummi Nazeerah Amran bagi kategori bawah 44KG wanita.

Sementara itu, salah seorang pemenang pingat emas ini, Kamini Sri sebelum ini pernah memenangi pingat gangsa bagi kategori sama di Sukan SEA Hanoi Vietnam pada tahun 2022.

Teks: Nurhidayah Shahbuddin
Foto : ARENA SUKAN USM

  • Created on .
  • Hits: 293

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024