USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JEMPUTAN MENGHADIRI PERUTUSAN NAIB CANSELOR USM 2023

ABA9D6EC 67B5 458D 8CB2 D4159CB7D4EE

USM PULAU PINANG, 16 Mac 2023 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan sesiapa sahaja yang berminat dijemput mengikuti Perutusan Naib Canselor USM 2023 pada hari Rabu, 22 Mac 2023, jam 2.30 petang di Dewan Tuanku Syed Putra USM.

Naib Canselor, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed akan menyampaikan perutusannya yang bertajuk Memacu Kecemerlangan Universiti dengan menggariskan fokus-fokus tumpuan USM pada tahun ini dalam memenuhi misi dan visinya.

Antaranya perkara yang dijangka disentuh beliau ialah Peranan USM sebagai Universiti APEX, Mempelbagai Program Akademik, Melestari Libat Sama Komuniti, Menghakupaya Mahasiswa, Memperkasa Bakat dan Mengukuhkan Hubungan dengan Industri.

Perutusan yang sama akan diadakan di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal pada hari Khamis, 23 Mac 2023, jam 2.30 petang dan di Kampus Kesihatan Kelantan pada hari Selasa, 28 Mac 2023, jam 10.30 pagi.

  • Created on .
  • Hits: 1088

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024