USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LAGENDA NEGARA ANTARA INDIVIDU TERLIBAT PROGRAM “ASAS” BADMINTON USM

USM PULAU PINANG, 12 Mac 2023 - Program AsasUSM:Badminton telah dilancarkan pada 5 Februari 2023 lalu di kampus induk yang memberi fokus kepada golongan kanak-kanak yang baru berminat untuk mengenali dan belajar sukan Badminton ini. Kelas ini dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 7 - 12 tahun sahaja.

Dengan besar hatinya, Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu sesi “Meet and Greet with Oly Ong Ewe Hock” yang telah dilangsungkan pada di Kompleks Sukan Azman Hashim USM, Pulau Pinang.

3990F66D E25B 42F7 B8B6 4901E3DC48D4

Sesi ini dikendalikan oleh Encik OLY Ong Ewe Hock, bekas atlet Negara sukan Badminton yang kini merupakan Panel Penasihat Teknikal Persatuan Badminton Malaysia dan Encik Koay Kar Lin, bekas Jurulatih Pasukan Badminton Malaysia yang merupakan Ketua Jurulatih Kelab Badminton Serdang. Mereka telah mengadakan sesi ramah mesra dan perkongsian ilmu mengenai sukan badminton bersama atlet dan warga USM ketika program ini berlangsung.

Disamping itu, satu sesi perlawanan persembahan antara Oly Ong Ewe Hock bersama atlet muda turut diadakan dan seterusnya program diakhiri dengan sesi bergambar bersama kedua-dua tetamu ini.

6893B5C1 2400 4137 AF0B 011846D456AA

Modul pengajaran Program Latihan AsasUSM: Badminton telah dirancang oleh Encik Koay Kar Lin kepada Pasukan Jurulatih USM sebagai program latihan Program AsasUSM 2023: Badminton.

Pasukan jurulatih USM terdiri daripada staf USM iaitu Puan Lee Chiao Mei yang merupakan Penyelaras merangkap Ketua Jurulatih dan juga barisan staf lain, Encik Muhammad Nasrul Bin Abu Bakar, Encik Mohd Taufik bin Ibrahim, Encik Mustaffa Kamal Bin Esa, Encik Mohd Aslam Abdullah, Firdaus bin Mohd Ibrahim dan Puan Toi Pei Pei.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah / Puan Lee Chiao Mei
Foto : Puan Lee Chiao Mei

  • Created on .
  • Hits: 646

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024