USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM HADIR KE PROGRAM OUTREACH KULIM 2023

USM PULAU PINANG, 14 Mac 2023 - Program OUTREACH KULIM merupakan program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pengajian Tinggi, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Jabatan Pendidikan Negeri P.Pinang dan Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) USM.

4B4D3B0F 9A14 4E84 B0E5 CA9F278E398B

Dengan bertemakan “Level Up”, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar sekolah terutamanya pelajar Tingkatan Lima & pelajar Tingkatan Enam, Guru-guru kaunseling berkenaan panduan dan maklumat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam/ Politeknik/Kolej Komuniti khususnya di sekitar daerah Kulim, Kedah dan Bertam serta Pulau Pinang.

Program ini akan berlangsung pada 20/3/2023 (Isnin) pada jam 8:30 pagi hingga 5.00 petang
bertempat di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah Pameran Pendidikan tinggi yang terdiri daripada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA-JPT)/ Unit Pusat Universiti-UPU),IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Selain daripada itu Taklimat Pendidikan Tinggi; Kaunter Runding Cara dan Konsultasi secara percuma; panduan permohonan UPUONLINE; Kaunter Permohonan UPU; Saringan kesihatan percuma; Sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti pengunjung.

Pihak Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar USM mengajak semua yang berminat untuk hadir ke program ini dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.

Teks & Foto : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 583

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024