USM CEMERLANG DI KEJOHANAN VARSITY TRACK & FIELD SERIES 1/2023
MELAKA, 13 Mac 2023 - Pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pung Cheng Hui telah membutirkan pingat Emas pertama Universiti Sains Malaysia (USM) di hari kedua Kejohanan Varsity Track & Field, Series 1/2023 yang berlangsung pada 10-12 Mac 2023 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Beliau sebelum itu turut cemerlang membantu kontingen USM meraih pingat Perak menerusi acara 1500m Wanita pada hari pertama kejohanan.
Sementara itu, USM turut merangkul pingat Perak menerusi pelajar tahun 2 daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Ong Yong Hui menerusi acara 400m Lari Berpagar Wanita.
Pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Anasliyana Fayyadhah binti Azman pula turut menyumbang satu pingat Gangsa menerusi acara 5000m Jalan Kaki Wanita.
Seramai 9 orang pelajar atlet USM yang terdiri daripada 3 lelaki dan 6 wanita dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan telah dipilih mewakili kontingen USM di kejohanan ini.
Secara keseluruhannya, Kontingen USM berada di Kedudukan ke-8 daripada 23 IPT yang mengambil bahagian.
Pihak pengurusan tertinggi USM mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan yang di raih oleh pelajar USM ini.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: PSR USM
- Created on .
- Hits: 649