USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“ASAS” BUKTI USM SERIUS MEMBANGUNKAN BAKAT MUDA SUKAN

USM PULAU PINANG, 11 Mac 2023 - "Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya" merupakan peribahasa yang sinonim dengan pendedahan dan didikan awal kepada anak-anak dalam membentuk mereka kepada sesuatu perkara atau aktiviti.

D289C179 BF36 4FD4 8303 A4C47423B3C4

Ia bertepatan dengan agenda kesejahteraan warga staf Universiti Sains Malaysia (USM) melalui inisiatif Program Akademi Sukan Anak Staf (ASAS) khususnya dalam aspek pembangunan sukan.

Antara sukan yang diberi perhatian adalah sukan bola sepak, badminton, olahraga dan sepak takraw. Salah satu daripada sukan-sukan ini iaitu sukan sepak takraw telah berjaya mengetengahkan para peserta menerusi Program Pembangunan Sepak Takraw USM.

Program ini merupakan salah satu inisiatif buat peserta mendapatkan pengalaman dan pendedahan awal tentang dunia sepak takraw dan lanjutan daripada itu, perlawanan 'Jemputan bawah 16 Tahun' telah diadakan di Kompleks Sukan Azman Hashim, Kampus Induk, USM sebagai langkah awal untuk pembangunan sukan ini.

Pencapaian terbaik peserta Program 'Akademi Sukan Anak Staf' ini patut dijadikan contoh apabila mereka berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat suku akhir.

7CE9DA09 DDE1 4EDD 829E F6009496693C

Program anjuran Pusat Sukan dan Rekreasi USM ini merupakan kerjasama di antara Persatuan Sepaktakraw Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan Kelab Lagenda Sepaktakraw Pulau Pinang serta mendapat sokongan dan tajaan peralatan rasmi daripada Gajah Emas Malaysia.

Program yang dianjurkan ini juga telah berjaya mendapat penyertaan daripada beberapa kelab termasuk luar dari negeri Pulau Pinang.

Teks : Faizal Ashraf Ali
Foto : Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 874

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024