USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEPAK TAKRAW RAPATKAN UKHWAH STAF DAN PESARA USM

NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, 10 Mac 2023 – Usaha dan komitmen Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan perlawanan persahabatan sepak takraw bersama pasukan sepak takraw USM Kampus Induk wajar dipuji dan diberi perhatian dalam usaha merapatkan silaturrahim dan ukhwah antara kalangan staf khususnya.

06132A72 6530 4240 AF07 9D5616E2E830

Berlangsung di Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan di sini baru-baru ini, perlawanan ini mencuri tumpuan apabila Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dato’ Dr. Nor Azazi Zakaria turut bersama-sama menyertai perlawanan persahabatan ini dan telah membuktikan bakat besar beliau sebagai tekong dalam sukan tradisi ini.

Tambah menarik, perlawanan ini turut menampilkan beberapa bekas pemain sepak takraw USM yang telah bersara dari perkhidmatan kepada universiti dan masih aktif dalam sukan sepak takraw.

Ini menunjukkan pesara USM masih relevan dan mahu pulang semula ke kampus untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran mereka kepada pemain-pemain muda yang terdiri daripada staf USM.

Budaya sihat dan kekal aktif ini dilihat sebagai satu aktiviti yang bermanfaat dan dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental seterusnya menyumbang kepada produktiviti terutamanya dalam perkhidmatan kepada universiti.

Teks: Faizal Ashraf Ali/Foto: Shahnizam Abd Rahim

  • Created on .
  • Hits: 409

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024