USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JOHAN DEBAT DARUL TA’ZIM 2023

USM PULAU PINANG, 11 Mac 2023 – Pasukan Debat Universiti Sains Malaysia (USM) membanggakan universiti apabila dinobatkan sebagai johan di Kejohanan Debat Darul Ta’zim 2023.

551363C1 4614 4E9B BBE6 CCE0F2626A73

Pasukan USM dibarisi oleh pelajar tahun 1 Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Nurul Annis Binti Rashidi; pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Muhammad Nor Azlan Bin Yusof; pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Muhamad Hafizi Bin Mohd Hanafi; dan pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Muhammad Irfan Shah Bin Duraman.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlinda Azman dan seluruh warga kerja BHEPA mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dilakarkan oleh pasukan ini.

“Semoga kejayaan ini memberi semangat dan dorongan kepada pelajar lain untuk berjaya dan mencapai kejayaan sebegini di masa hadapan,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang pendebat USM, Muhamad Hafizi pula memperolehi pencapaian terbaik apabila terpilih sebagai Pendebat Terbaik Liga dan Pusingan Akhir.

Kejohanan Debat Darul Ta’zim 2023 berlangsung pada 4-6 Mac yang lalu dan sebanyak 16 pasukan dari 11 universiti di Malaysia menyertai pertandingan ini yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: BHEPA USM

  • Created on .
  • Hits: 582

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024