USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR MESIR IKUTI PENGAJIAN USM

2FAE6EBD FBB9 4C0D 980B BAA4A9631704

KAHERAH, MESIR, 10 Mac 2023 – Seramai 103 pelajar kohort kedua akan mendaftar mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) pada bulan Mac ini setelah kejayaan 48 orang pelajar kohort pertama pada sidang akademik lepas.

Ini adalah hasil perjanjian kolaborasi akademik yang ditandatangani pada 7 Mac 2022 di antara USM dan Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Ministry of Communication and Information Technology Egypt - MCIT) Mesir.

74D6703A DB57 42B2 8512 FA3B1576CC44

Menurut Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad, kementerian tersebut melalui Information Technology Industry Development Agency (ITIDA) di bawah Digital Egypt Builders Initiative (DEBI) telah bersetuju membiayai pelajar-pelajar cemerlang Mesir untuk mengikuti program Sarjana Analitik Perniagaan (Master of Business Analytics) yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan secara dalam talian jarak jauh atau Online Distance Education.

Noor Hazlina sedang dalam rangka lawatan ke Mesir mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Menteri, Profesor Dr. Hoda Baraka di DEBI Campus, Kaherah, Mesir untuk perbincangan majlis graduasi kohort pertama.

Menurut Profesor Dr. Hoda Baraka, MCIT melalui ITIDA telah menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke tiga negara iaitu Kanada, Ireland dan Malaysia (USM) dan maklum balas yang diperolehi tentang program Sarjana Analitik Perniagaan USM adalah amat memberangsangkan.

"Justeru mereka berhasrat untuk meneruskan kolaborasi ini bersama USM bagi penawaran program baharu kelak," kata Noor Hazlina.

Beliau turut menyertai sesi orientasi yang disampaikan dan dihadiri oleh Profesor Dr. Hoda Baraka; Fintech Track Head, Dr. Mayada Hadhoud; dan koordinator program USM-DEBI di DEBI Campus, Kaherah, Mesir, Dr. Yasmine Fahmy.

Pendaftaran pelajar secara dalam talian juga berjaya diadakan. Delegasi juga mengadakan lawatan kampus khasnya makmal komputer yang digunakan pelajar semasa menjalani kelas secara hands-on serta bilik kuliah yang disediakan untuk pelajar DEBI.

Sumber Teks & Foto: Pusat Pengajian Pengurusan USM/Suntingan: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 561

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024