USM KE MISI BANTUAN BANJIR JOHOR
USM PULAU PINANG, 10 Mac 2023 - Pusat Pembangunan Bakat Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (TDC BHEPA) dengan kerjasama Pusat Islam akan menghantar seramai 43 orang sukarelawan pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR), Sekretariat Sukarelawan USM (SUKASS) dan pelajar USM bagi Misi Pasca Banjir di Johor pada 10 hingga 13 Mac 2023.
Pelepasan sukarelawan untuk misi ini telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor BHEPA YBrs. Profesor Dr. Azlinda Azman pada pagi ini.
Turut adalah Pengarah TDC, Encik Zulkifli Che Hussin dan Timbalan Pendaftar BHEPA, Cik Jelfariny Mohd Jelahni.
“Terima kasih kepada BHEPA USM dan Pusat Islam USM atas sumbangan kit Maidaturrahman yang akan diagihkan kepada pelajar dan penduduk setempat di kawasan yang terjejas,” jelas Azlinda.
Azlinda turut berharap agar misi ini dipermudahkan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sukarelawan pelajar dan staf yang terlibat.
Teks oleh : Hafiz Meah Ghouse Meah & Cik Ezryn Natasha Binti Saipol
Foto : BHEPA USM
- Created on .
- Hits: 488