USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KPP JPT LAWAT PROSES PENGAKTIFAN KAD PRIHATIN SISWA DI USM

USM PULAU PINANG, 10 Mac 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Ketua Penolong Pengarah KPP JPT, Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran di Dewan Utama Pelajar B.

E69F1D21 0F6E 4A7E 8B43 45A3F2027888

Lawatan ini hadir pada hari terakhir proses pengaktifan Kad Prihatin Siswa Pelajar Baharu Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) Sidang akademik 2022/2023 yang telah pun bermula sejak 6 Mac lalu.

Turut hadir sama dalam lawatan tersebut dan menyantuni pelajar dan petugas ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman; Pensyarah Kanan PPPJJ, Dr. Chua Hang Kuen; Ketua Seksyen Aset & Sokongan Teknikal PPKT, Encik Adnan, dan Pegawai BHEPA.

A204BF21 3080 4A26 BE3A F89CFA56A5FA

Dalam lawatan tersebut, Encik Kaliyapan juga sempat melawat sukarelawan pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM), Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR), Sekretariat Sukarelawan USM (SUKASS) dan pelajar USM bagi Misi Pasca Banjir di Johor bermula 10 sehingga 13 Mac ini.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : BHEPA USM

  • Created on .
  • Hits: 492

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024