USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM SINGGAH KE RERUAI PENERBIT USM DI PBPP2023

USM PULAU PINANG, 6 Mac 2023 - Buku-buku terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) menanti pembaca bersempena Pesta Buku Pulau Pinang 2023.

FBF076E8 6D6F 4DAF A4FE B7CD851B22DB

Bertempat di AEON Mall Alma, Bukit Mertajam bermula 3 hingga 9 Mac, terdapat banyak buku-buku menarik untuk diperolehi sepanjang 7 hari pesta berlangsung.

Menurut Penerbit USM, terdapat 6 judul baharu yang baru tiba dijual di sini kali ini. Judul-judul menarik Penerbit USM boleh diperolehi di reruai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Untuk lebih mudah, Penerbit USM turut berseloka berkata, “Nak senang, bila sudah sampai ke reruai yang dihuni pemuda-pemudi segak, jambu dan peramah sampai badan rasa nak menggigil-gigil, itu tanda anda dah sampai ke destinasi yang betul.”

Pesta Buku Pulau Pinang 2023 merupakan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Terdapat pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah menanti pengunjung.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Penerbit USM

  • Created on .
  • Hits: 468

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024