PUSAT PERUBATAN BERTAM TAWAR PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL JEMAAH HAJI
USM PULAU PINANG, 6 Mac 2023 - Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia (PPUSM) Bertam akan mengadakan pakej pemeriksaan kesihatan untuk bakal jemaah haji di bawah Klinik Executive Health Service(EHS) yang terbuka kepada semua warga USM dan orang awam.
Menurut Eksekutifnya, Muhammad Mustaqim Bin Non Harjar, ia akan dijalankan pada bulan Februari sehingga Jun 2023 di Klinik Pakar pada setiap Isnin (8.30am-12.30pm, 2pm-5pm), Rabu (2pm-5pm) dan Khamis (2pm-5pm).
Antara pemeriksaan yang akan dilakukan adalah pemeriksaan fizikal; tekanan darah tinggi; ujian darah (paras gula, kolesterol; hemoglobin; fungsi buah pinggang dan lain-lain); suntikan vaksin (meningokokal/pneumokokal/influenza); dan pemeriksaan lanjut (x-ray, ECG, echocardiogram, ultrasound).
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak Executive Health Services bagi tujuan pendaftaran (
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PPUSM Bertam
- Created on .
- Hits: 760