USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKASA HUBUNGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN TINGGI

MEDAN INDONESIA, 5 Mac 2023 - Program Global Study Tour oleh Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan lawatan sambil belajar bermula pada 27 Februari 2023 hingga 3 Mac 2023 lalu dengan kunjungan ke Universitas Harapan Medan (UnHar), Indonesia.

07FB7E2C 7553 46F7 B0A4 34A83FE72DE5

Menurut Penasihat KUSISDARI, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, UnHar dipilih kerana Rektornya adalah seorang merupakan alumni yang tersohor USM iaitu Prof. Dr. Sriadhi Adhi.

“Dalam sesi tersebut, persembahan kebudayaan antara kedua-dua universiti dan lawatan ke tempat bersejarah iaitu istana dan muzium telah dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya, turut diadakan adalah dan lawatan ke sekitar bandar Medan, Kaldera dan Danau Toba.

“Saya juga dijemput untuk menyampaikan syarahan umum kepada staf dan pelajar UnHar. Terima kasih kepada Prof. Sriadhi yang sudi menerima kunjungan KUSISDARI,” ujarnya lagi.

Program selama 5 hari ini telah berjaya membuka minda pelajar untuk mempelajari budaya selain dapat bertukar ilmu serta kemahiran di antara dua negara rumpun ini melalui pendekatan institusi pendidikan.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya

  • Created on .
  • Hits: 651

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024