USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM KONGSI KONSEP JANA WANG BERSAMA UPSI

USM PULAU PINANG, 1 Mac 2023 – Pejabat Pembangunan Korporat Strategik, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menerima kunjungan dari delegasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

71EE8FB2 4B7A 4BFD 9C58 1999C1243B37

Delegasi UPSI seramai 7 orang yang terdiri daripada staf pengurusan dan pentadbiran Jabatan Bendahari UPSI diketuai oleh Bendahari UPSI, Tuan Haji Mohamad Najib Mohamed.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi idea mengenai pengurusan dan pelaksanaan inisiatif penjanaan kewangan yang dijalankan oleh Pejabat Pembangunan Korporat Strategik USM dalam mengendalikan projek Request for Proposal (RFP), komersialisasi aset dan ruang, program kampus luar pesisir, pengantarabangsaan, penjenamaan, pemasaran dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Pengarah Pembangunan Korporat Strategik USM, Tuan Haji Muhamad Sabri Said yang mempengerusikan sesi perjumpaan bersama delegasi UPSI ini amat mengalu-alukan kedatangan dan usaha murni mereka.

Projek-projek penjanaan kewangan yang dijalankan di USM telah menarik perhatian delegasi UPSI kerana projek-projek ini merupakan ‘game changer’ yang dapat memastikan kelestarian penjanaan kewangan universiti secara menyeluruh.

Lanjutan daripada itu, delegasi UPSI telah menjemput Pejabat Pembangunan Korporat Strategik USM untuk berkunjung ke UPSI bagi membantu mereka mengenal pasti projek-projek yang berpotensi dan menjalinkan kerjasama untuk penjanaan kewangan di antara USM dan UPSI. 

Turut hadir ke perjumpaan ini adalah Timbalan Bendahari Kanan, Wan Mazlan Wan Ab Rahman; Timbalan Pendaftar, Ts. Dr. Mohamed Azlan Ashaari serta pegawai-pegawai utama Pejabat Pembangunan Korporat Strategik USM dan Jabatan Bendahari USM.

Teks: Ts. Dr. Mohamed Azlan Ashaari & Nurhidayah Shahbuddin/Foto: Mohamad Zaidi Jaini

  • Created on .
  • Hits: 394

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024