USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

REBUT PELUANG MENJADI AHLI ARKEOLOGI UNTUK SEHARI

USM PULAU PINANG, 4 Mac 2023 - Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) kini menawarkan Pakej Arkeopelancongan Sungai Batu, Kedah.

3EF1714C 2D7D 470A 88DA 6CF657DF4ACB

Menurut Pusat PPAG USM, antara pakej yang disediakan adalah termasuk pemandu arkeopelancongan untuk pakej satu hari secara individu ataupun berkumpulan.

“Kompleks Arkeologi Sungai Batu merupakan salah satu tapak tamadun terawal di Asia Tenggara dan kompleks ini meliputi keluasan 4km persegi dengan jumlah tapak lebih 97 buah,” jelasnya.

Tambah PPAG lagi, tapak ini telah dikenalpasti berfungsi sebagai tapak ritual/keagamaan, jeti, bangunan pengurusan kepada jeti dan tapak peleburan besi.

Aktiviti yang disediakan untuk pakej ini termasuklah lawatan berpandu ke tapak jeti, tapak monumen, tapak peleburan besi, ekskavasi ‘hands on’, peleburan besi, pembuatan bata, dan pameran poster.

Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang untuk menjadi ahli arkeologi untuk sehari. Untuk keterangan lanjut sila hubungi - Dr. Nor Khairunnisa Talib di talian H/P : 017-972 2785 ; Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ; Pejabat Am : 04 - 653 3357

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PPAG USM

  • Created on .
  • Hits: 565

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024