PUSAT RACUN & SERC TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN DARIPADA UTM
USM PULAU PINANG, 4 Mac 2023 - Pusat Racun Negara dan Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) Universiti Sains Malaysia kelmarin menerima lawatan penandaarasan daripada Universiri Teknologi Malaysia (UTM).
Dalam lawatan seharian di dua lokasi berlainan kampus utama USM itu menyaksikan Delegasi UTM University Laboratory Management Centre seramai sebuah bas telah memperolehi pelbagai ilmu bermanfaat.
Pihak UTM juga berharap kerjasama antara UTM dan USM dapat diteruskan ke peringkat seterusnya.
“Terima kasih kepada pihak tuan rumah atas sesi yang sangat bermakna dan layanan yang sungguh baik kepada pihak delegasi,” ujar delegasi UTM.
Bagi pihak Pusat Racun dan SERC USM pula, ini merupakan suatu inisiatif yang baik dan semoga kerjasama dan ukhuwah yang terjalin dapat berterusan ke masa hadapan.
Turut hadir menyambut delegasi USM adalah Pengarah Pusat Racun USM, Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman, dan Pengarah SERC USM, Profesor Dr. Mohd Azmier Bin Ahmad.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : UTM
- Created on .
- Hits: 450