USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TNC JIM LAWAT JABATAN KESELAMATAN

USM PULAU PINANG, 4 Mac 2023 - Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Azlan Amran kelmarin telah mengadakan lawatan Jabatan Keselamatan USM.

0BAD09FD 72C9 439B 8EB8 9DCF5C7AC4BC

Menyambut kehadiran beliau adalah Pengarah Jabatan Keselamatan USM, Encik Mohammad Kasni Bin Ismail dan anggota yang bertugas.

Dalam sesi itu juga berlangsung sesi pembentangan oleh Kasni kepada Azlan yang turut dihadiri oleh anggota yang terlibat.

7D5ECF3B BDF6 4464 BFAF 4C913811EE4C

Sejurus selepas itu juga diadakan sesi tinjauan ke bilik kamera litar tertutup (CCTV) USM di Jabatan Keselamatan dan kawasan sekitar.

Bermula dengan kawalan keselamatan oleh Syarikat Safeguard Sdn. Bhd. iaitu semasa Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan pada tahun 1969.

Kemudian pada 20 Mei 1974, kawalan keselamatan telah diambilalih oleh Pusat Keselamatan, USM yang kini dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dengan keanggotaan asal terdiri daripada seorang Pegawai Keselamatan dan 33 orang Pengawal Keselamatan termasuk 4 orang penyelia.

Visi JK USM adalah sebuah Pasukan keselamatan yang berwibawa, lestari serta seimbang dari segi rohaniah dan fizikal, serta mampu melaksanakan misi dengan efektif dan bertaraf dunia.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Jabatan Keselamatan USM

  • Created on .
  • Hits: 461

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024