USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM KAMI PRIHATIN (KAMPRI) BANTU PELAJAR B40 BERKOMUNIKASI

USM PULAU PINANG, 3 Mac 2023 - Lebih 500 orang pelajar B40 Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat faedah dari Program Kami Prihatin (KAMPRI) yang dikelolakan oleh sukarelawan bersama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) sejak diperkenalkan pada tahun 2015.

77DE8A79 B940 48DC B3A9 45908BABA48B

Sukarelawan yang mengasas dan menyelaras program yang juga dikenali sebagai Campus Life Coaching, Calvin Choong berkata, program ini diadakan untuk membantu pelajar mencapai potensi diri dalam kehidupan dan kerjaya masa hadapan mereka.

"Saya dan lebih 30 orang rakan-rakan yang terdiri daripada coach bertauliah dari pelbagai industri dan syarikat multi-nasional (MNC) tempatan dan antarabangsa seperti Intel, Motorola, KeySights, First Solar dan lain-lain setiap tahun bertemu lebih 1,000 orang pelajar B40 yang kemudiannya dipilih untuk mengikuti program ini selama 2 semester melalui perjumpaan bersemuka mingguan atau dalam talian," jelas beliau yang merupakan seorang pekerja swasta.

C23F363F AE14 46E7 9A03 FECBFFF7C728

Jelasnya, coaches ini termasuk pesara dan mereka yang mempunyai pengalaman profesional tempatan dan antarabangsa yang lama berkhidmat untuk bersama-sama menggembleng tenaga secara sukarela membantu pelajar mengejar impian hidup mereka.

"Instruktor Bahasa Inggeris membantu pelajar berkomunikasi dengan baik untuk menghadapi dunia bisnes masa hadapan," kata Calvin Choong.

Pada semester lepas, seramai 120 orang pelajar dipilih mengikuti program ini.

Maklumat lanjut, kunjungi : http://www.campuslifecoaching.com

Tonton video : https://vimeo.com/744438197/52928d58f6

Teks : Mohamad Abdullah
Foto : KAMPRI

  • Created on .
  • Hits: 501

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024