USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKASA JALINAN STRATEGIK BERSAMA PSU

USM PULAU PINANG, 3 Mac 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) bersama-sama Sekretariat Ekspo Konvokesyen 2022 (ConvEx’ 22) telah membuat lawatan ke Prince of Songkla University (PSU), Kampus Phuket kelmarin.

B67134CE 573E 4AC1 90C0 65CB28A0073A

Lawatan ini bertujuan untuk bertukar idea berkaitan aktiviti pelajar khususnya hal mengenai Ekspo Konvokesyen.

8C2AC803 DEE6 4208 8DDE 6FD2E2ADC304

Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman.

Di dalam program ini, ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Timbalan Presiden, PSU Kampus Phuket, Prof. Madya Pun Thongchumnum.

Melalui lawatan ini, para sekretariat turut dapat membuat perkongsian agenda pemerkasaan mahasiswa melalui jalinan strategik bersama-sama pelajar dan staf PSU.

Azlinda juga berharap lawatan ini memberi semangat dan idea bernas kepada para sekretariat bagi menjayakan ConvEx akan datang di USM.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : BHEPA USM

  • Created on .
  • Hits: 432

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024