BHEPA LAWAT RUMAH AMAL KULIM
USM PULAU PINANG, 3 Mac 2023 - Unit Kebajikan Pelajar & OKU Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah mengadakan lawatan penanda aras ke Rumah Amal Kulim, Bandar Bahru Kedah..
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan jalinan antara USM dengan sebuah pertubuhan NGO yang berkonsepkan pusat pendidikan dan jagaan OKU.
Disamping itu, lawatan ini juga bermatlamat untuk memperkasa agenda untuk pelajar kurang upaya di USM untuk berada di minda kelas pertama.
Lawatan ini diketuai oleh Pegawai BHEPA, Cik Sheilawanis Abdul Karim, Encik Muhammad Faiz Aiman Farizon dan Encik Mohamad Khairulnazrin Mohd Kasim besertawakil Sekretariat Insan Istimewa USM.
Rumah Amal Kulim ini menempatkan 79 golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan 18 orang staf yang terdiri daripada pentabir, guru dan pelatih.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: BHEPA USM
- Created on .
- Hits: 468