USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JELAJAH BUSKERS RAMADHAN: “BERHIBUR SAMBIL BERAMAL”

USM PULAU PINANG, 3 Mac 2023 - Jawatankuasa (JK) Aktiviti Ramadhan 1444H/2023 peringkat Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Islam USM buat julung kalinya akan menganjurkan program Jelajah Buskers Ramadhan 1444H/2023.

A4A12193 34EC 42A9 BD25 F7E60B0EC70D

Menurut Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Bin Osman, program yang akan berlangsung pada 6 hingga 12 Mac 2023 ini bertujuan untuk memupuk rasa semangat dalam menyambut bulan penuh kemuliaan bagi seluruh umat Islam iaitu bulan Ramadhan kali ini. 

“Program ini adalah suatu pendekatan berbentuk hiburan dalam dakwah disamping meraikan Sambutan Ulang Tahun penubuhan Masjid Al-Malik Khalid USM yang ke 40 tahun,” katanya.
 
Beliau mewakili JK dengan penuh takzim ingin menjemput seluruh warga kampus untuk bersama-sama dalam himpunan santai ini.

“Antara pengisian semasa sesi buskers ini adalah Nyanyian lagu-lagu dakwah oleh Buskers USM dan kumpulan nasyid Rabbana dari Pusat Islam USM; Sketsa dan tazkirah ringkas berkenaan Ramadhan; Persembahan deklamasi sajak/gurindam/puisi oleh staf USM; dan Kuiz-kuiz Ramadan beserta hadiah misteri menanti pemenang,” tambahnya.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Pusat Islam USM

  • Created on .
  • Hits: 379

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024