USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM DILANTIK KETUA PENGARAH JPA BAHARU

USM PULAU PINANG, 27 Februari 2023 – Alumni Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) 1989, Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed, 58 tahun, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa pada 27 Februari 2023.

e1d34713 60cc 4aec a22e dafc200ed726

Hal ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd. Zuki bin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Perlantikan ini dibuat setelah mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Dr. Zulkapli juga memiliki ljazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari University of Japan dan ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi (Kewangan Antarabangsa) dari Universiti Meiji, Jepun.

Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 31 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Disember 1992.

Menurut Tan Sri Dato' Seri Mohd. Zuki, pelantikan ini dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan, pembangunan modal insan serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp), dan Setiausaha Persekutuan Sabah di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Ketua Setiausaha Negara yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya,  Dato' Dr. Zulkapli mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

USM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed di atas pelantikan ini.

Teks: Mohamad Abdullah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan   

  • Created on .
  • Hits: 1062

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024