USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TUAN RUMAH JELAJAH KEBAJIKAN MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN ZON UTARA

USM PULAU PINANG, 26 Februari 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Program Jelajah Kebajikan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Zon Utara yang menghimpunkan hampir 150 orang pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang melibatkan Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bahagian utara Malaysia.

E93BECD3 23A8 458F A46E F927D22FC058

Jelajah Kebajikan ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan pemimpin pelajar IPT bagi mendapatkan cadangan, pandangan dan idea daripada mahasiswa tentang isu-isu semasa yang akan dijadikan input bagi resolusi untuk dibawa ke Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Kebangsaan (KKMK) dan Mesyuarat Perdana MPPK yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar IPT, Profesor Madya Dr. Suzuren Md Jamil dalam ucapannya menyeru agar kepimpinan pelajar IPT masing-masing untuk terus komited dalam menjalankan tugas mewakili suara mahasiswa dan mendokong agenda IPT.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Hirman Awang@Semail; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM, Profesor Dr. Azlinda Azman; Pendaftar Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla; Presiden MPPK, A'linur Ahlam Abu Bakar; Yang Di-Pertua MPP USM, Afirul Idris Ayub Khan; delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi dan pegawai-pegawai utama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM.

Teks: Nurhidayah Shahbuddin/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 423

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024