PELAJAR USM BERI KHIDMAT TERBAIK SEBAGAI FELO GIG KELAB JASA BUDI
USM PULAU PINANG, 23 Februari 2023 - Sebuah majlis serba ringkas disambut penuh manis dan tawa menyambut pengakhiran perkhidmatan dua orang Felo GIG Kelab Jasa Budi (KJB) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
Mereka ialah Encik Abdullah Nudin dan juga Cik Anna Marina setelah 3 bulan berkhidmat di pejabat KJB di bawah bimbingan Sekretariat KJB, Puan Nur Haszilawati Hassan bermula Disember 2022 sehingga Februari 2023.
Felo GIG KJB merupakan suatu inisiatif penjawatan Jabatan Pendaftar USM di bawah program GIG Pelajar bagi mendedahkan mahasiswa terpilih USM tentang bidang tugas pengurusan kelab yang melibatkan Pesara dan Bekas Kakitangan USM bagi tempoh yang diberikan.
Inisiatif ini juga adalah baik bagi mempersiapkan mahasiswa ke alam pekerjaan di samping dapat meluaskan rangkaian kenalan terutama dalam kalangan warga sara demi pembangunan karier pekerjaan kelak.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Kelab Jasa Budi USM, Dato’ Azman Abdullah, bersama Jawatankuasa yang lain bagi memeriahkan sambutan kenangan budi, sanjungan kasih dua mahasiswa felo GIG Kelab.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Kelab Jasa Budi
- Created on .
- Hits: 591