USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KSU MOSTI KETUAI DELEGASI MOSTI LAWAT CEMACS, KAGUM DENGAN KAJIAN SAINS MARIN DAN PANTAI YANG DIJALANKAN

TELUK BAHANG, PULAU PINANG, 19 Februari 2023 – Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melakukan tinjauan yang berkaitan kerjasama strategik dan pembudayaan STI.

WhatsApp Image 2023 02 23 at 09.37.29

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk mewakili Naib Canselor USM; Pengarah CEMACS, Profesor Dato' Dr. Aileen Tan Shau Hwai; Profesor Kehormat, Profesor Dr. Zulfigar Yasin, dan disertai warga staf dan pelajar CEMACS yang lain.

Lawatan itu antara lain bertujuan untuk melihat inisiatif CEMACS dalam aktiviti latihan dan penyelidikan yang menumpu kepada penternakan tiram serta bidang kepakaran dalam sains marin.

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.48 2

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.49 1

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.49 2

Zulfigar turut memberikan taklimat dan penerangan mengenai usaha penyelidikan dan pembangunan ekosistem marin serta pesisir yang sedang giat dijalankan, yang mana penerangannya menumpu kepada penjagaan dan pemprosesan kultur benih tiram dan hidupan laut yang lain di pusat kajian tersebut.

Delegasi MOSTI kemudiannya dibawa melawat makmal penyelidikan, makmal penetasan tiram, abalon, timun laut, gamat, crayfish, kerang dan rumpai laut serta Galeri CEMACS dan Muzium Khazanah Lautan yang terdapat di sana.

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.49 3

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.49 4

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.49 5

Hadir sama adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ruziah Shafie; Pengarah Pusat Sains Negara, Mismah Jimbun; Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Yayasan Inovasi Malaysia, Dr. Sharmila Salleh serta pegawai-pegawai utama universiti dan MOSTI.

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.48

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.48 1

WhatsApp Image 2023 02 19 at 16.33.48 3

Ditubuhkan pada tahun 1978, CEMACS merupakan pusat penyelidikan marin dan pantai yang tertua di negara ini.

Pusat tersebut yang terletak di sebelah pantai barat laut Pulau Pinang dekat Teluk Aling, terkenal di serata dunia menjalankan pelbagai penyelidikan dan latihan tertumpu kepada biodiversiti serta pemuliharaan ekosistem laut, ekosistem pantai, ekosistem hutan pesisir, marikultur selain kajian ekologi mamalia laut.

Ia kini semakin popular sebagai destinasi pelancongan pendidikan (edutourism) di Pulau Pinang dalam kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Nor Amin Zainal Kamarudin

  • Created on .
  • Hits: 810

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024