ZIARAH ASNAF, BERI BANTUAN PROGRAM ZAKAT USM
BALIK PULAU, 22 Februari 2023 - Delegasi Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berkesempatan menziarahi salah seorang asnaf program zakat USM yang menghidap strok di kediamannya disini.
Di bawah Skim Asnaf Rahmah, bantuan berupa kit maidaturrahman telah diberikan kepada keluarga tersebut untuk meringankan beban mereka.
Menurut Ustaz Iswandi Bin Abdul Mokmin@mohd Amin, semoga dengan bantuan ini ianya dapat meringankan beban ahli keluarga ini dan dapat memudahkan segala urusan berkaitan.
Turut hadir sama menyampaikan sumbangan adalah Ustaz Nukman Bin Ahmad Zakir.
Ya Allah Tuhan sekalian manusia, Tuhan yang menyembuh penyakit. Sembuhkanlah (penyakit hambaMu ini), kerana Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau, (jadikanlah ia) penyembuhan yang tidak diulangi dengan penyakit lagi.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Pusat Islam USM
- Created on .
- Hits: 446