USM TERIMA RM925,000 UNTUK KPT-PACE 2023
USM PULAU PINANG, 20 Februari 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendapat Kelulusan Pelaksanaan Program di Bawah Penjana Kementerian Pendidikan Tinggi - Pensijilan Profesional (KPT-PACE).
USM menerima peruntukan sebanyak RM925,000.00 untuk melaksanakan 2 program iaitu Empowering Graduates with Power BI (RM300,000) dan Program Pensijilan Peningkatan Komunikasi dalam Bahasa Inggeris di Universiti Awam (RM625,000).
Bagi program Empowering Graduates with Power BI, ianya adalah di bawah seliaan Pengarah Pusat Kualiti Akademik Universiti, Profesor Dr. Irfan Naufal Umar manakala Program Pensijilan Peningkatan Komunikasi dalam Bahasa Inggeris di Universiti Awam di bawah seliaan Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Profesor Dr. Salasiah Che Lah.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mengucapkan tahniah atas kejayaan ini dan semoga USM terus mengecapi kecemerlangan melalui program ini.
“Terima kasih Kementerian Pendidikan Tinggi untuk peruntukan ini, USM akan melihat dengan teliti dan mencapai sasaran untuk program ini,” tambahnya.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Infografik: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 1021