USM KUNJUNG HORMAT TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
PULAU PINANG, 17 Februari 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak di kediaman rasminya di Seri Mutiara.
Dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira sejam tersebut, banyak perkara telah dibincangkan mengenai perkembangan terkini USM dan kerjasama yang dapat dilakukan kelak di Pulau Pinang.
Turut hadir sama mewakili USM ialah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin.
Ini merupakan kunjungan pertama Naib Canselor USM ke atas TYT Pulau Pinang setelah dilantik memegang jawatan Naib Canselor Januari lalu.
Pihak delegasi USM merakamkan ucapan syukur dan penghargaan kepada TYT Tun kerana sudi menerima kunjungan hormat ini dan di atas sambutan yang diberikan kepada pihak delegasi USM, serta mengharapkan USM dapat terus menjalin kerjasama yang erat dengan pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 736