USM TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS DARI UPSI
USM PULAU PINANG, 15 Februari 2023 – Unit Integriti, Bahagian Perundangan dan Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual (JKTGS) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima Lawatan Penanda Aras Tadbir Urus Terbaik (Pengurusan Aduan/Whistleblower dan Kaedah Pengendalian Kes Gangguan Seksual) dari delegasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Delegasi UPSI seramai 13 orang terdiri daripada staf Unit Integriti, Bahagian Perundangan dan JKTGS UPSI diketuai oleh Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membolehkan ahli JKTGS UPSI mendapatkan perkongsian input, pengetahuan serta gambaran yang lebih jelas bagi penyediaan dasar dan garis panduan pengendalian kes gangguan seksual yang komprehensif dan berkesan di UPSI.
Penasihat Undang-undang, Pejabat Perundangan USM, Dr. Khairul Anuar Che Azmi yang mempengerusikan sesi perjumpaan bersama UPSI itu, amat mengalu-alukan kedatangan delegasi UPSI dan menghargai usaha murni mereka.
Beberapa perkongsian berkaitan pengurusan aduan, whistleblower, pengendalian kes gangguan seksual dan taklimat oleh JKTGS USM telah disampaikan pada sesi ini.
Teks: Nurhidayah Shahbuddin/Foto: Shahnizam Ab Rahim
- Created on .
- Hits: 634